|
LULA

Lula, anjing kami asalnya hanya binatang terbiar. Semasa kecilnya datang menyerah
diri ke rumah kami, makan saja apa yang boleh. Pisang, nangka, kulit jagung,
rambutan dan entah apa lagi untuk mengalas perutnya. Kini bila sudah lama
bertuankan kami, makanan kegemarannya nasi berkuah kari.
Saya teringat suatu masa dulu, abang saya pernah bertanya, kalau seekor
anjing begitu kenal akan tuannya, bagaimana pula kita sebagai hamba dengan Tuhan?
KISAH DI SUATU PETANG

“Biarlah betik yang aku tanam dicuri monyet, sebab nak beli dia tak
berduit, nak menanam pula mereka tak pandai”, kata Wak Misran kepada saya di
suatu petang, menceritakan kisah betik-betiknya yang sering dicuri oleh
monyet-monyet liar.
PERIHAL PRODUKTIVITI

Kata orang tua-tua, jangan jadi seperti betik jantan, orang berbunga dia
pun berbunga, tapi bila orang berbuah, dia tidak.
KALAU KITA RASA

Kalau kita kaya, ada lagi orang
yang lebih kaya. Kalau kita pandai, ada lagi orang yang lebih pandai dan kalau
kita kuat ada lagi orang yang lebih kuat. Begitu juga kalau kita rasa, kita
lebih tinggi, ada lagi orang yang lebih tinggi.
Selepas solat Aidilfitri
- East London Mosque 2009
GIMNASIUM DASAR LAUT

Wajah seorang penyelam ikan di
Pulau Sabang, Acheh. Dia tak pernah mendengar dan mengetahui pun apa itu
gimnasium.
HIDUP SENANG KALAU PUNYA 'HATI'

Suatu masa cuti sekolah, kami
sekeluarga bercuti ke Terengganu, di Pulau Lang Tengah. Sebelum menaiki bot,
kami memanfaatkan 45 minit yang ada melawat ke sebuah kampung bernama
Telaga Papan yang ramai penduduknya merupakan
penanam tembakau.
Saya hanya megikut rasa hati, berkunjung
ke sebuah rumah yang tidak kami kenali. Pemilik rumah tersebut bernama Pakcik Jaafar.
Hatinya begitu terbuka bersama isteri menerima kedatangan kami. Anak-anak saya
melawat tanaman tembakau serta bermain bola bersama-sama anaknya. Sebelum
pulang, kami dijamu, begitu besar hati dan jiwanya. Pakcik Jaafar sekeluarga
telah menjadi sahabat kami.
SARAPAN BERSAMA LATIFF MOHIDIN
Sambil menghirup teh tarik
kurang manis, Om sudah tiga kali dapat gelaran ‘datuk’ katanya sambil
tersenyum. Itu lebih baik, anugerahnya datang dari ‘langit’ balas saya, dan
kami sama-sama ketawa.
'KARYA SENIMAN AGUNG'

HIDUP DENGAN DAUN PISANG HUTAN

Haji Yunus, mencari rezeki
dengan menjual daun pisang hutan. Bila saya di jemput ke majlis perkahwinan
anaknya, dia begitu bangga memberitahu bahawa rumahnya dibina dengan hasil daun
pisang hutan. “Pulanglah lewat sikit, panggang kambing belum masak”, katanya
kepada saya ketika kami sekeluarga menjamu selera.
Beritahunya kepada saya,
adakala rumah nampak, tapi jalan ke arahnya tak jumpa.
BERBUDI PADA TANAH

KADANG-KADANG KITA TIDAK PERLU BERITAHU SIAPA KITA

Semasa menunggu kereta saya yang rosak di sebuah bengkel di Ipoh, saya
bertemu Jimmy. Dia seorang yang cukup berdedikasi dalam kerjanya, kerana
parasnya memberitahu saya begitu !
MAK DARA SEORANG BIDAN KAMPUNG YANG BERJASA

Semasa Mak Dara masih hidup, wanita yang mengandung tak perlu ke hospital untuk mengetahui jantina anaknya. Melalui tapak tangan Mak Dara yang diletakkan di atas perut ibu yang mengandung. Ia sudah cukup untuk memberitahu mereka, anaknya yang dikandung itu lelaki ataupun perempuan.
LANSKAP KOTA DAN DESA

Di Kuala Lumpur ada perarakan BERSIH, di Petaling Jaya gereja pun
mendatangkan masalah, tetapi bila saya pulang ke kampung saya di Gopeng,
seorang apek menjual durian sambil berbaringan.
SENIMAN

Pak Mail masih menyidai negatif filem di luar kamar tidurnya. Mungkin
bagi yang mempunyai kamera kini, mereka hanya menyidai baju, seluar,
tuala atau pakaian dalam mereka.
JANGAN DI AJAR ITIK BERENANG

TANPA TAJUK

|