nota kata sendi nama
nota kata sendi nama

Kata Sendi Nama: Maksud, Contoh dan Latihan

Posted on

Artikel ini akan membincangkan tentang kata sendi nama dalam bahasa Melayu. Kita akan melihat maksud kata sendi nama, fungsinya dalam menyatakan arah, masa, tempat, dan lain-lain, serta contoh-contoh penggunaan kata sendi nama yang lazim seperti di, ke, dari, kepada, dan banyak lagi. Artikel ini bertujuan memberikan pemahaman yang mendalam mengenai peranan penting kata sendi nama dalam struktur ayat bahasa Melayu. Untuk meningkatkan pemahaman dan pemahaman anda tentang penggunaan kata sendi nama dalam bahasa Melayu, artikel ini akan menyediakan latihan soal kata sendi nama dan jawapannya.

Apa itu Kata Sendi Nama?

Z’aba, dalam Pelita Bahasa Melayu 1 (1953, 1965) mengatakan bahawa kata sendi nama ialah menunjukkan perkaitan antara kata nama dan ganti nama dengan kata nama dan ganti nama lain.

Kata “sendi nama” digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata lain atau ayat. Kata sendi nama ialah perkataan yang berada di hadapan frasa nama, menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al., 2004: 252).

Ringkasnya :

  • Maksud Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama
  • Fungsi kata sendi nama untuk menyatakan arah, masa, tempat dan sebagainya
  • Kata sendi yang lazim digunakan : Di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

Contoh Kata Sendi Nama dan Penggunaan

15 kata sendi nama :

  • kepada/akan/terhadap
  • di
  • daripada
  • dari
  • bagi/untuk
  • dengan
  • seperti/seumpama
  • dalam/antara
  • ke
  • pada
  • demi
  • tentang
  • sejak/semenjak
  • hingga/sampai
  • oleh
Kata Sendi NamaPenggunaan
Kepada/Akan/TerhadapDigunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap
DiDigunakan untuk tempat
DaripadaDigunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
DariDigunakan untuk tempat, arah atau masa.
Bagi/UntukDigunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. 
DenganDigunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
Seperti/Seumpama/Laksana/BagaiDigunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.
Dalam/AntaraDigunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
KeDigunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
PadaDigunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
DemiDigunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan.
TentangDigunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan.
Sejak/SemenjakDigunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
OlehDigunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
Hingga/SampaiDigunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.

Latihan Kata Sendi Nama

Semoga bermanfaat 😀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *